MASAK NASI AYAM HUJAN PANAS & AYAM MADU..


'mak..masak nasi minyak hujan panaslah..'yelah..
nampak gayanya anak2 masih belum muak lagi makan nasi ni..seronok masak bila anak2 suka makan apa yang ina sediakan..

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati(beras biasa pun boleh je..)
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

gambar nasi minyak hujan panas tu..ina copy paste dari blog  http://raihannavanilla.blogspot.com..terlupa nak ambil gambar..bila teringat tgk nasi dah habis..sok2 wat lagi ina upload gambar ye..


gambar ayam masak madu ni jer yang ina sempat ambil..sesiapa nak try wat ayam madu ni bolehlah klik kat cni
atau pun kat bawah ni..resipi drpd kak hanieliza..
 Bahan
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
3 s/b tomato sos
1 cawan kacang peas (ina tak letak)
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 s/b madu
minyak
garam
kunyit

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara
1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
3. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukup untuk menumis [anggaran 1 senduk].
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik minyak semula.
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang peas, bawang besar dan madu.
Kacau rata.
8. Bila dah nampak pekat dan naik minyak boleh angkat dan hidangkan.

"SELAMAT MENCUBA"



KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

 
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

~TAWARAN YAYASAN SELANGOR~

Ni adalah anak sulung ina..muhammad an nubli mohd rozi..dapat tawaran ke asrama sekolah di bawah tajaan Yayasan selangor..






anak ina telah membuat keputusan untuk tidak ke asrama..puas dah pujuk..akhirnya memilih sekolah yang berhampiran dari rumah..alasan taknak berjauhan dengan keluarga..ermm..ikut suka abanglah..

Sekolah pilihan:
 SMK Sungai Pusu Gombak

Kelas Rancangan Khas(KRK) Tingakatan 1 BESTARI

~SUDUT AGAMA~ Kewujudan Seksaan Kubur

Sesungguhnya ina juga selalu mengingati kematian..memang sungguh menggerunkan..tapi yang pasti Allah SWT menjanjikan kepada kita bahawa segala yang baik akan di balas dengan kebaikan..oleh itu jom sesama kita melaksanakan semua perintah Allah SWT dengan sebaik mungkin..Insya Allah..
Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. 
Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.
Red Beanie Shivering Kaoani
 
copyright © 2012 to Blog Ina | design by Adik =,=