~TAWARAN YAYASAN SELANGOR~

Ni adalah anak sulung ina..muhammad an nubli mohd rozi..dapat tawaran ke asrama sekolah di bawah tajaan Yayasan selangor..






anak ina telah membuat keputusan untuk tidak ke asrama..puas dah pujuk..akhirnya memilih sekolah yang berhampiran dari rumah..alasan taknak berjauhan dengan keluarga..ermm..ikut suka abanglah..

Sekolah pilihan:
 SMK Sungai Pusu Gombak

Kelas Rancangan Khas(KRK) Tingakatan 1 BESTARI

~SUDUT AGAMA~ Kewujudan Seksaan Kubur

Sesungguhnya ina juga selalu mengingati kematian..memang sungguh menggerunkan..tapi yang pasti Allah SWT menjanjikan kepada kita bahawa segala yang baik akan di balas dengan kebaikan..oleh itu jom sesama kita melaksanakan semua perintah Allah SWT dengan sebaik mungkin..Insya Allah..
Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

KOMEN USTAZ TENTANG KEBERKATAN PERKAHWINAN..

 Ina 'print scrn' daripada FB ustaz Roslan Mohamed..cuba kita renungkan bersama apa yang beliau nyatakan..

KEBERKATAN dalam perkahwinan dan alam rumahtangga bermula dengan-pilihan jodoh berteraskan agama;pertunangan dan bertunang dalam kawalan batas agama;majlis kenduri sifar maksiat;pengantin dihiasi dengan akhlak Islam bukan pakaian mendedahkan aurat dan solekan stau hiasan melampau;tidak meninggalkan solat pada hari perkahwinan;pasangan pengantin faham hukum halal dan haram dalam aspek kehidupan seharian;hubungan suami isteri bermula dengan doa dan munajat kepada Allah swt..kesannya ialah lahirnya rumahtangga dan anak @ zuriat yang SOLEHAH dan BERKAT..Untuk renungan bersama di saat banyaknya berlaku gejala kemusnahan dan keruntuhan peradaban umat islam kini..Kepada Allah SWT kita bermunajat..
Ustaz roslan Mohamed

~SHERIL ALEESYA~

Majlis cukur jambul dan aqiqah pada 10/12/11
(Anak kepada pasangan Pn Hashimah Ismail & En Ghazali)


~RENUNGAN BERSAMA~



Ina setuju sangat dengan kata2 Ustaz Azhar Idrus ni..memang tidak dinafikan ramai antara kita yang ada kalanya memerlukan pendapat kekawan..tetapi kita harus berhati2 kekadang ada antara pendapat yang boleh menghancurkan kehidupan kita..berdoalah kepada Allah SWT selalu pasti kita menemui jalan terbaik..Insya Allah..
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

~SUDUT AGAMA~ Tanda Kematian

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Tanda-Tanda Saat Kematian 
a)100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

~GERHANA BULAN~

Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan
Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya, al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan.

~RENUNGAN BERSAMA~Foto di kad undangan perkahwinan..


Ustaz Roslan Mohamed

Dalam tempoh beberapa minggu ini banyak menerima undangan majlis kenduri kahwin..ada kad2 jemputan tu,dikulit luar atau dalamnya dimasukkan gambar pengantin lelaki/perempuan dlm keadaan berdekatan/gambar bersama,pipi seolah rapat berlaga,berpegangan tangan...itu semua tak betul,menimbulkan fitnah..apakah pengantin itu sudah bernikah beberapa bulan yg lalu?Banyak persoalannya..kalau belum pun menikah,maka itu menunjukkan mereka terlibat dalam kerja maksiat!...



~INFO SIHAT~ Demam Sawan..



Pengenalan
2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.

Insiden
Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.

~SUDUT AGAMA~ Enggan berkahwin..


Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala pengurniaan-Nya.

Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

~GELAK AJER~

Suka layan halaman Ujang di FB..memang lawak..

KOK SAMPAI KO TAHAP NI....MEMANG TAK DAPEK NAK DI SELAMAT AN LAIE DAH.BAWAK YO LA POIE JUMPO DUKUN SUMAN TU...MANDIAN AIR SIGHEH KO APO.

~AISYAH ANUAR~

"selamat menempuhi alam persekolahan tahun 1 pada tahun hadapan(2012) di sek.keb sg pusu,gombak"
makngah tak sabar nak tengok aisyah pakai baju sekolah sambil tersenyum manis..berlajar rajin-rajin..ek..




Red Beanie Shivering Kaoani
 
copyright © 2012 to Blog Ina | design by Adik =,=