INFO SIHAT - Kelemumur


haha..saper ada kelemumur??Sila angkat tangan..!!hik3..

Apa itu kelemumur?

Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihanLapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari.Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari.Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di  atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur..


Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:


Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah
Apakah tanda-tanda kelemumur?

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian
Bagaimana untuk merawat kelemumur?
Gunakan syampu anti kelemumur.

Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:
  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur 
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel 
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur 
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat 
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
Bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:


Apa penyebab kulit mengelupas?
Keadaan
Ciri-ciri
Kulit kering
  • Gatal
  • Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
Seborrheic dermatitis
  • Kulit kemerahan dan berminyak
  • Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan
  • Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak seperti bulu kening, belakang telinga, hidung dan pangkal peha
Psoriasis
  • Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
  • Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut
  • Kawasan yang sering terlibat adalah kulit kepala, lutut, siku dan bahagian badan
Contact dermatitis
  • Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
  • Disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan rambut yang tertentu

No comments:

Red Beanie Shivering Kaoani
 
copyright © 2012 to Blog Ina | design by Adik =,=